Ahad, 7 Ogos 2016

Hasil Kelas Online Kumpul Database Customer

Text: Puziah Abu

Bismillah.

Seharian hari ini, aku memberikan tumpuan sepenuhnya dalam membangunkan borang tempahan produk-produk yang ku jual.  Agak mencabar apabila diuji dengan godaan anak-anak yang meminta perhatian apatah lagi di hujung minggu.

Tugasan berblog masih belum diselesaikan. Al maklumlah, terlalu fokus untuk pembangunan borang tersebut.Alhamdulillah, boleh ku katakan hanya 35% baru siap.  Pengumpulan gambar setiap produk, level pembeli serta borang yang berkonsepkan user friendly.  

Terima kasih yang tak terhingga buat Puan Siti Azurah, Puan Zalina Zulkapli serta team yang sudi memberi tunjuk ajar.  Inilah pentingnya bisnes secara berjemaah. Kelas online je, Sebenarnya fokusku ketika kelas berlangsung agak ke laut, ditambah pula aku hanya menggunakan teknologi mobile sahaja.  Cikgu yang mengajar menggunakan laptop atau pc. Percubaan demi percubaan, akhirnya memberikan aku pelbagai idea.  YA!! ia sangat mudah untuk menguruskan bisnes secara atas talian.  In shaa Allah.

Di kelas Blog, Cikgu Anys ada mengajar untuk dimasukkan borang tempahan secara online.  Oleh kerana borang tempahan yang baru ku terima ilmunya nampak lebih user friendly, ku pm Cikgu Anys meminta pandangannya.  Beliau maklumkan ianya boleh dilaksanakan. Jeng jeng jeng.... terus ku merangka dan membangunkannya. Silalah nantikan nya.  Oleh itu, untuk sementara ini, aku pacak borang tempahan yang sedia ada sehinggalah ianya siap 100% dengan SIT dan UAT. HAHAHA...

Opsss.. tugasan yang sedia ada tu, akan ku teruskan.  SABAR dan TUNGGU...!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan