Jumaat, 12 Ogos 2016

Saat Aku Mula Mengenali Mu, SAYANG.

Text: Puziah Abu

Bismillah.

Saat permulaan aku mengenalimu adalah menerusi seorang kenalan atas talian.  Ketika itu aku sebenarnya agak terumbang ambing. Aku inginkan yang mampu ku miliki, yang boleh bersamaku tidak kira di mana malahan apa juga statusku. Aku masih mencari cari titik keserasian.

Seringkali aku mendengar mengenai Si A. Namun, aku kenali diriku yang kadangnya tidak setia jika bersama Si A. Mulanya aku fikirkan 'Tak Kenal, Maka Tak Cinta' namun bayaran yang perlu dijelaskan agak tinggi, aku mula menyangkakan bahawa aku tak mampu memilikinya malahan aku mungkin tak akan setia.

Paparan di laman muka buku pada bulan 3, tahun 2013 mengenai dikau membuatkan aku tak keruan. Bukan sekali malahan berkali kali paparan mengenai mu dipertontonkan. Sehari berlalu, aku malu bertanya, tetapi masuk hari ke-3, aku mulai tidak betah.  Aku mula merisik mengenaimu menerusi kenalanku itu.  Tanpa berlengah, penerangannya sangat jelas.  Aku mula tergoda.  Aku terus MAHU MEMILIKIMU.  Tetapi ketika itu, dikau tidak berada bersama sama kenalanku itu.  Temanku maklumkan Kau akan hadir tetapi lewat sedikit. Aku kecewa.  Aku tak mampu bertahan untuk bersamamu.  Kenalanku menawarkan aku untuk berjumpa dengan seseorang untuk mendapatkanmu.  Dia memberikan no telefon untuk aku hubungi.  Ah!! Aku yang sudah gila bayang, bolehkah menunggu lagi? Terus aku menghubungi beliau tanpa berlengah. Alhamdulillah, hajatku tercapai apabila dikau sudi hadir menemuiku.

Debarannya pelbagai rasa. Pertemuan sesingkat di tengahari itu, aku berjaya memilikimu. Senyumku meleret-leret memandangmu di depan mata.  Teman sepejabat yang melihatmu mula bertanya tanya. Siapakah dikau? Apa kepentingan dikau disisiku?

Ku bawa dikau pulang. Sepanjang jalan, aku erat memegangmu. Hatiku berbunga bunga. Usai tiba di rumah, aku memperkenalkan kau dengan anak-anak syurgaku. Mereka sangat teruja mengenalimu. Aku menjelaskan mengenai kehadiranmu ke dalam keluargaku. Alhamdulillah, anak-anak juga positif  sedangkan suamiku hanya mendengar sahaja kehadiranmu menerusi telefon.

Qaseh Gold Adinda. Kau yang aku kenali sangat membantu keperluan aku dan anak-anakku.  Sejak dari kali pertama, aku mulai terasa perubahan pada diriku dan anak-anakku. Ketika itu, anak-anak sedang mengalami selsema hampir 3 minggu. Sejak itu, aliran hingus anak-anak terus kering apabila bangun dari tidur. Berulang ulang mengamalkan selama seminggu menjadikan kami sekeluarga pasti kehadiranmu semakin menceriakan perjalanan hidupku.

Alhamdulillah, aku tidak salah memilihmu sebagai teman sejatiku. Sejak itu, kita tak mungkin berpisah.  Aku tak betah dengan kehilanganmu, jadi sebelum dikau berada di titisan terakhir, aku akan memastikan isianmu kembali memenuhi ruang di kamar sejukku.

Terima kasih buat kenalan atas talianku iaitu Puan Noor Hasyimah dan Puan Naemah Basri. Merekalah yang memperkenalkan dikau untuk sentiasa bersamaku. Sejak itu, giliran aku pula memperkenalkan dikau kepada sahabat-sahabatku. Alhamdulillah, kehadiranmu kini mulai diterima dan sangat diperlukan ramai pihak terutamanya wanita yang menyusukan anak, wanita yang sering mengalami senggugut, mereka yang sering keletihan, mereka yang selalu jatuh sakit malahan wanita yang hamil juga digalakkan untuk memilikimu.

Tiada kata yang dapat menggambarkan kepuasan memilikimu. Tiada coretan yang mampu memisahkan kita. Semoga kita akan kekal bersama hingga akhir hayatku dalam  memberikan perkhidmatan terbaik buat mereka yang memerlukanmu. In shaa Allah.

Khamis, 11 Ogos 2016

Minuman Yang Lazat & Berkhasiat

Text: Puziah Abu
Bismillah.

Jom nikmati segelas Rindu Mocha keluaran produk muslim. Semestinya rasa yang sedap, berkhasiat, murah, mudah dan lazat. Anda tahu bagaimana untuk membancuh segelas mocha yang sedap?





Tahniah! Anda merupakan seorang yang sangat hebat kerana telah membancuh Rindu Mocha hasil keluaran Syarikat Ana Edar Sdn Bhd.

Oh! Bagaimana untuk mendapatkan Rindu Café dan Rindu Qoqo Stevia tersebut? Anda bolehlah menghubungi saya di talian 012-2863449 atau isikan tempahan anda menerusi tab Borang Tempahan. 

#SetMenuMocha
#KonsultanQaseh
#StokisQaseh
#OhsemOgos

Rabu, 10 Ogos 2016

Nampak Cantik, Nampak Lawa

Text: Puziah Abu

Bismillah.

Suasana ceria pada diri sendiri di awal pagi sebelum melangkah ke pejabat sangat penting.
Persediaan aku untuk ke pejabat perlu mengambil masa yang singkat. Kenapa? Supaya dapat memulakan perjalanan lebih awal dan sebelum anak-anak syurgaku bangkit dari lenanya. Alhamdulillah, jika ianya berjalan dengan lancar, in shaa Allah aku akan selamat tiba di tempat letak kenderaan sebelum waktu bertugas ku bermula.

Percaya atau tidak, situasi kesesakan jalan raya akan dihadapi dan diharungi setiap hari.  Itulah arus perjalananku setiap pagi. Biasanya jarak perjalanan untuk 23km antara rumahku dengan pejabat, boleh mengambil masa 1 setengah jam. Agaknya, jam berapa paling lewat ku kena keluar dari rumah?
Kadang-kadang, akibat kesesakan sepanjang perjalanan, beberapa kali juga perlu memberhentikan kenderaan dan menunggu kelancaran oleh pegawai polis trafik yang bertugas, aku mengambil peluang untuk touch-up. Mungkin pelik pada anda, tapi itulah yang ku lakukan bagi mengatasi tahap kebosanan rutin kesesakan.

Untuk makluman, bermake-up ke pejabat tidaklah memerlukan masa yang lama, lagipula tidak perlulah bermake-up sepertimana ke majlis makan malam. Hanya sekadar loretan nipis sahaja. Saya menggunakan BB cream, bedak kompek dan lipstik keluaran Ana Edar Sdn Bhd.  Sesungguhnya saya sangat berpuas hati. Yang pastinya, bahan asasnya halal dan boleh dibawa solat. Saya menggunakannya hampir setiap hari ke pejabat.  Rasanya sudah lama saya mula menggunakannya.  Harganya jimat dan mampu milik.

Anda ingin mencubanya? Boleh hubungi saya di talian 012-2863449.

#SetMakeUpAnaEdar
#StokisQaseh
#KonsultanQaseh





Selasa, 9 Ogos 2016

Alhamdulillah, My phone is in mood BEAUTY

Text: Puziah Abu

Alhamdulillah, my phone is back...

Mana taknya, tetiba je skrin pada telefon crack. Memang 'cantik' sangat ukiran pada skrin telefon.  Memang tak banyak mana namun menjejaskan aku nak membaca text mahupun nak menaip.  Paparan skrin yang elok pun selalu typo, inikan pula apabila paparan skrin yg retak seribu.

Alhamdulillah, dah repair dan berganti. Bagaimanapun, dapat je phone, on kan la phoneku. Berderet deret paparan mesej, wasap, notifikasi fb dan segala bagai.. Fuhh..

Mood untuk sambung task demi task semakin berkobar, tetapi keperluan dan perhatian anak-anak kena diutamakan.

In shaa Allah, task akan diteruskan. Yang pastinya, laptopku elok je landing di sebelah kamarku. Hehehe...

Ahad, 7 Ogos 2016

Hasil Kelas Online Kumpul Database Customer

Text: Puziah Abu

Bismillah.

Seharian hari ini, aku memberikan tumpuan sepenuhnya dalam membangunkan borang tempahan produk-produk yang ku jual.  Agak mencabar apabila diuji dengan godaan anak-anak yang meminta perhatian apatah lagi di hujung minggu.

Tugasan berblog masih belum diselesaikan. Al maklumlah, terlalu fokus untuk pembangunan borang tersebut.Alhamdulillah, boleh ku katakan hanya 35% baru siap.  Pengumpulan gambar setiap produk, level pembeli serta borang yang berkonsepkan user friendly.  

Terima kasih yang tak terhingga buat Puan Siti Azurah, Puan Zalina Zulkapli serta team yang sudi memberi tunjuk ajar.  Inilah pentingnya bisnes secara berjemaah. Kelas online je, Sebenarnya fokusku ketika kelas berlangsung agak ke laut, ditambah pula aku hanya menggunakan teknologi mobile sahaja.  Cikgu yang mengajar menggunakan laptop atau pc. Percubaan demi percubaan, akhirnya memberikan aku pelbagai idea.  YA!! ia sangat mudah untuk menguruskan bisnes secara atas talian.  In shaa Allah.

Di kelas Blog, Cikgu Anys ada mengajar untuk dimasukkan borang tempahan secara online.  Oleh kerana borang tempahan yang baru ku terima ilmunya nampak lebih user friendly, ku pm Cikgu Anys meminta pandangannya.  Beliau maklumkan ianya boleh dilaksanakan. Jeng jeng jeng.... terus ku merangka dan membangunkannya. Silalah nantikan nya.  Oleh itu, untuk sementara ini, aku pacak borang tempahan yang sedia ada sehinggalah ianya siap 100% dengan SIT dan UAT. HAHAHA...

Opsss.. tugasan yang sedia ada tu, akan ku teruskan.  SABAR dan TUNGGU...!!

Sabtu, 6 Ogos 2016

Kelas Blog

Text: Puziah Abu

Bismillah.

Syukur Alhamdulillah, kelas Blog hari ini sangat menarik. Kelas di Nur Qaseh Network Sungai Buloh.

Guru yang mengajar kelas Blog hari ini adalah Puan Anys Idayu Zakaria.

Pengenalan Diri

Text: Puziah Abu

Bismillah,

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Illahi. Pada tanggal 19 Ogos tahun 1979, iaitu 27 Ramadhan 1399 sebelum waktu berbuka lahirnya seorang puteri yang diberi nama Puziah. Puteri ketiga yang merupakan anak ke 8 buat pasangan Encik Abu bin Senol dan Puan Maimoon binti Hj Ismail.

Pendidikan awal semestinya di Sekolah Tadika di Kampung Bukit Pulau di usia 6 tahun. Seterusnya memasuki Sekolah Rendah Kebangsaan Jalan Datuk Palembang, Bukit Baru Melaka sejak 1986 sehingga tahun 1992. Memasuki kelas menengah di Sekolah Tinggi Perempuan Melaka semenjak tahun 1993 hingga tahun 1998.